siapa pemandu gundam ni?

My photo
assalamualaikum pembuka bicara...walaupun tak de sesi bicara yang ada...ahmad faris bin ahmad termiji nama diberi..dilahirkan kedunia yang indah ini pada 9 september 1992 bersamaan 12 rabiulawal....hijrah(aku pun tak ingat)..sedang menuntut ilmu kejururawatan...hobi yang paling aku gemari..hobi yang banyak menghabiskan duit..mengumpul koleksi robot atau pun model kit gundam...cita-cita sebenar aku..hendak menjadi seorang 'technician' yang terkemuka..tapi disebabkan latar belakang keluarga aku yang menceburi bidang perubatan (ayah aku)dan aku terjebak dalam bidang sains kesihatan ni...dan orang selalu cakap aku ni seorang yang cukup kasar..pandai-pandai koranglah nak menilai aku..

Anda pelawat ke..

Sunday, March 27, 2011

1 Hari 1 Blogger The Faceblog

assalamualaikum!sekarang giliran aku pulak!tadi aku pi 'blog walking' tot2 ternampak segmen ni,'1 Hari 1 Blogger The Faceblog',mula2 aku ingat ape,rupanya,...BAGUS gak!ni pun tgk kat blog orang cam ner nak buat..amik contoh je la.

A.Nama aku dan nama timangan (nickname)-nama penuh aku ahmad faris bin ahmad termiji,mase kat sekolah orang panggil aku 'berdarah',sekarang kat U,orang panggil aku 'gundam',senang cerita panggil aku faris sudah la~

B.Nama blog aku dan rahsianya-'aku bujang dah bersepah..bersepah ngan gundam..'nama diberi,sebab ape?sebab aku takkan ade awek rahsianya,sebab aku terlalu hyper bila bercakap ngan orang,dan perangai aku yang tak reti duduk diam,juga hobi aku!GUNDAM COLLECTOR!

C.Tentang blog aku-ape2 kaitan dengan anime,korang masuk blog aku korang tau camner rupanya

D.Tujuan aku berblogging-aku buat blog ni sebab aku nak kongsi ape yang aku ade tapi orang lain takde,sebab kenapa aku cakap  macam ni,sebab bukan semua orang nak kumpul koleksi robot2,patung anime;ngan kereta mainan macam aku buat~bukan aku nak belagak la!

E.Harapan untuk blog aku-aku harap aku boleh ceriakan blog aku ni dengan koleksi yang aku ade dan kongsi maklumat ape yang aku ade!

F.Nasihat kepada blogger lain-senang cerita,jangan masukkan entri yang boleh buat orang marah/atau menyentuh kesensitiviti (ape2 yang  berkaitan)


             nak join?klik sini~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Friday, March 25, 2011

lupa nak kongsi perkara ni~nakano azusa

assalamualaikum kepada member2 dan pengunjung blog ni,ape khabar,sihat?dah makan?mase aku tulis entri ni pun pukul 1.30 pagi,ape daa...selalu aku kongsi model gundam ngan kereta mainan aku je kan???kali ni aku ade rahsia yang agak pelik yang dimana bende ni budak2 lelaki takkan kumpul,patung anime~tapi ade gak yang kumpul,contohya..aku la!tapi tak de la sampai aku buat main2 masak2~aku kumpul sebab diorang ni kawaii sangat!orang yang kasar cam aku pun boleh kumpul bende macam ni~..pelik,takpe2 meh la tgk !


banyak aksesori dia,boleh tukar muka,tangan,dan aksesori lebihan

ha?

tengok ape?

rasanya yang ni gitar lead..entah la

kawaii sesangat!

nampak cam adik beradik,tapi bukan~

baru ade 3,satu lagi aku simpan~dalam kotak biru tu..masih ade bende
yang misteri,nanti aku kongsi,

macam mana,OK entri aku kali ni..terpulang la..aku memang tak reti berkata2,sebab tu aku takde awek!eh..ape yang aku merepek ni,ok aku nak tutup langsir,tirai,jendela,kelambu~assalamualaikum!nyaaaan!

ehhh~ade lagi la,si ikan jerung..liberty emperor..seperti yang aku cakap pada entri yang lepas'Takdir,Burung Helang,Raja?ape aku merepek ni?',ok sama2 la kita enjoy!

bawak anak bini pun ada,nanti kalau aku dah kawin~aku pun nak bawak bini
aku gak..
bila la aku pun nak ade satu model kereta ni..

dengan kotak

tepi 1

tepi 2

depan

tepi 3

trio emperor,Liberty Emperor,Super Emperor,Emperor~aku nak cari
Great Emperor ngan Geo-Emperor

koleksi aku setakat ni,

hah!sekarang baru aku tak update blog ni selama seminggu,minggu ni praktikal aku yang terakhir,dekat hospital la,aku harap takde masalah kat hospital nanti dan,aku boleh dapat model baru lepas praktikal nanti~tak kisah la,gundam ke,patung anime ke,atau model kereta~ok,assalamualaikum!




















Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Saturday, March 19, 2011

watak anime yang aku minat~

assalamulaikum!hari ni hari ahad,hari yang popular dengan kenduri2 kahwin..tapi apa yang aku nak buat ni tak de kaitan dengan kenduri kahwin,aku nak kongsi beberapa watak anime jepun yang aku minat,sebab kenapa aku suka anime jepun?terus-terang aku cakap paling aku tang mata diorang!kawaiiii sesangat!!!lagi pun sebenarnya aku tak tau nak tulis entri apa,sebab aku tak beli lagi model2 baru~ok la,korang layan je la ek!

1.Domon Kasshu-Mobile Fighter G Gundam
-digelar sebagai 'king of heart' (bukan sebab dia jiwang),dia merupakan antara pemandu gundam yang paling gila.sebab kenapa gila,dia takkan puas hati kalau pergi dekat tempat orang kalau tak berlawan.sebabnya dia nak membongkar ape yang abang dia buat sampai dia sendiri jadi macam ni~

aku suka perangai dia,tak suka dikalahkan!

2.Ami Mizuno-Bishojou Senshi Sailormoon
-rasanya takkan orang yang boleh mengorat dia dengan senang!sebab apa,bukan sebab dia adalah salah seorang sailor senshi,sebab dia ulat buku!dan perkara dia paling benci adalah 'CINTA"!antara sebab aku minat dia ni ialah,personaliti dia ni memang membuat aku tertarik dengan dia dan kebijaksanaan dia menyelesaikan masalah!dalam anime dia merupakan pelajar ranking no.1 di jepun dengan tahap IQ 300!

dah la comel,bijak pulak tu!perghhh!

3.Harima Kenji-School Rumble
-korang ingat samseng sekolah tak boleh berjiwang ke???ni samseng paling jiwang sekali yang pernah aku tengok setakat ni.si harima ni memang setia gila,korang bagilah awek yang cun dan lawa manapun dia tetap nak dengan si budak lembap jugak(nak tau kene tengok sendiri la).dia ni mempuyai kelebihan yang memang tak ramai orang boleh buat dengan sempurna~dia seorang kartunis dalam kesamsengannya

tak silap aku masa ni dia baru lepas hantar draf komik~

4.Hirasawa Yui-K-ON!
-budak lembap yang serba serbi pandai dalam sekelip mata!yang dia tau makan,tido dan berangan!semua keperluan harian dia adik dia yang uruskan.tapi semuanya berubah apabila dia masuk kelab muzik dekat sekolah dia.hanya sentuh gitar,dia boleh hafal semua kod2 gitar yang pelik dalam sekelip mata,walaupun dia tak tau ape bende sebenarnya yang dia petik tu~pelikkan?

aku suka gitar yang dia pegang tu,GIBSON CHERRY FINISH!

5.Yonkuro HInomaru-Dash!Yonkuro!!!
-siapa pernah tengok anime ni kat TV3,dalam tahun 90'an la,antara watak lelaki yang aku minat,dia ni lebih kurang macam domon kasshu,memang tak nak kalah langsung,dia aja yang nak menang.tapi macam mana pun aku tetap simpati dengan dia ni,mak meninggal,ayah hilang entah kemana~tapi yang aku respek!dia boleh sesuaikan dirinya tanpa mak bapak disisi.'Dash-1 emperor,Dash-01 super emperor,Dash-001 great emperor'adalah mesin yang dia gunakan dalam perlumbaan-lupa pulak,anime ni tentang perlumbaan kereta ek!

dekat tangan dia tu.super emperor~aku ada model dia!payah betul nak cari

6.Takara Miyuki-Lucky Star
-si rambut pink ni bukan calang2 orang,anak orang kenamaan ni,tapi kalau dia masuk kelas memang tak nampak macam orang kaya...terus-terang,aku suka orang macam ni,tapi payah la nak cari.kalau orang kaya biasa aku tengok belanja kat luar,tapi dia ni,bawak bekal je,masak sendiri pulak tu!ade point lagi!masak!bukannya aku tak nak review banyak2 pasal dia ni,tapi anime dia dah lama aku tak tengok,tu pasal aku lupa!gomen ne!

lupa pulak,ni sekali keturunan dengan ami jugak la!

7.Hiraga Saito-Zero no Tsukaima
-oi!tak pasal2 aku disedut ke dunia magik yang ntah ape2 ni,dah la datang secara tak suka rela,layan aku macam anjing pulak tu,hampeh!kalau aku kan,aku pun akan cakap macam tu,sebab tu lah!opps,dia ni seorang budak biasa je,yang serba serbi normal,tak mempunyai ape2 kelebihan,sehinggalah 1 hari dia diseru oleh seorang pelajar sekolah magik!walaupun dia cakap tempat ni teruk lah,sakai lah,tapi dia suka jugak!sebab...susah aku nak terangkan

agak2nya ape bende la buat dia suka kat dunia magik ni
8.Suzumiya Haruhi-Suzumiya Haruhi no Yutsuu
-macam mana la kalau korang (lelaki)dapat awek cam dia ni,kali pertama perkenalkan diri pun dia cakap dia hanya berminat dengan orang2 yang sama minat dengan dia sahaja.aku pun sains maniac jugak,tapi tak de la sampai macam dia ni,hanya tertarik kepada mahkluk asing,esper,orang masa hadapan dan lain2 yang pelik2 la.sebab perangai pelik dia ni la takde lelaki yang nak tegur dia,sehingga 1 hari mamat ni tegur dia,tapi perangai tak sama,minat tak sama,boleh jadi kawan pulak.1 bende aku nak bagi tau!jangan buat si haruhi ni marah,kalau dia marah..habis la..
jangan tunjuk muka comel ko tu!
tu je la kot yang aku boleh kongsi/review buat masa ni~aku nak tutup langsir,tong sampah,bakul,tingkap,kuali dan ape2 yang berkenaan!OKOK!assalamualaikum!harap korang semua terhibur~





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Friday, March 18, 2011

beli dua dapat empat

assalamualaikum w.b.t,semenjak sibuk dengan praktikal ni,memang aku tak de masa nak usik blog ni,tak pa..hari ni aku tak sibuk,boleh la aku nak meng-update.sebenarnya entri kali ni dah lama aku nak buat,(lama lah sangat,baru 3 minggu lepas je)aku beli set kereta mainan ni,tapi sebab aku sibuk tak dapat la aku nak kongsi..ok!sekarang boleh la tengok sama2




barang lama ni,yang ni kotak edisi khas sempena ulang tahun tamiya

yang ni namanya 'BEAK SPIDER'

yang macam ular ni,namanya 'SPIN AXE'

labah2 x kuda belang?'BEAK SPIDER ZEBRA' namanya

siapa yang suka pergi Johor Bahru bolah naik ni,'PROTO SABER JB'

tunjuk macho la tuh,,,muahahaha!
hah!tu je lah buat sementara ni yang aku boleh kongsi...nanti kalau aku beli aku kongsi lagi gambar2 yang menarik lagi..sepantas kilat aku update,sebab aku nanti kena praktikal dekat hospital pulak,,okok nak tutup langsir,tong sampah,bakul,magkok ayun..nyann,aku nak pi layan anime sailormoon ni!assalamualaikum!







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Saturday, March 5, 2011

psstt..psstt...eyka domo buat bloglist la!!:)

assalamualaikum!hari ni kite main promote belog orang!aku saja2 je nak cuba best ke buat bnda ni?belog si eyka ni~?aku suka tgk gigi domo-kun dia!kawaiii~neh!dan ni kali pertama aku promosi belog orang!ok!

#sebab kenapa aku tertarik,sebab ada besi berani yang tarik la!


#komen aku tentang blog ni,yang penting..tak lambat aku nak bukaknye~muahaha

#dengan segala hormatnya aku dah buat entri untuk cik eyka ni~muahahaha,seperti dekat entri dia,dia cakap bawak manfaat kan??ape kate korang join sekali..mane tau dia bagi hadiah domo-kun ke?bagus gak..boleh domo-kun tu teman kan nyamo-chan aku kat umah ni!tembak sini!kalau nak join!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

normal flora?bakteria?

assalamualaikum!ape kabau?sihat?mari la kita menjaga kesihatan badan kita baik2,sekarang ni musim hujan tak menentu je..kadang2 panas,kadang2 hujan..mesti korang semua tensen..aku tau!tapi tak bagus tensen2 ni..nanti bende tu jatuh..ape yang jatuh?pekerja kita yang jatuh..iaitu sistem imunisasi..hari ni aku nak buat satu entri yang lain sikit..selalu aku cerita pasal hobi aku,hari ni aku nak cerita pasal,hidupan yang ade kat badan kita ni..tau tak?badan kita ni takkan bersih walaupun sabun berjuta2 kali sekalipun?harap korang tau la yang badan kita ni hari dijangkiti..kalau badan kita bersih..sudah tentu kita tak dapat demam kan?sekarang baca je la dulu~


NORMAL FLORA?SIAPA DIORANG NI?
-normal flora ialah hidupan/mikroorganisma yang hidup kat badan kita
-diorang ni boleh dijumpai kat tempat-tempat yang lembap
-kat mana?tapak tangan,bibir,gusi,celah2 peha,ketiak..kat rambut,senang cerita satu badan!!!
-diorang ni keje diorang tolong kita,contohnya melawan patogen(mikroorganisma jahat),memecahkan makanan
 dekat usus dan banyak lagi~
-tapi normal flora ni pun boleh jadi jahat gak!kalau diorang pergi kat tempat lain..contohnye E.Coli(bakteria yang                                duduk kat usus kecik..kalau dia pergi kat bahagian kemalaun,alamatnya..korang rase la sendiri
-normal flora terbahagi kepada:-bakteria.alga,fungi,protozoa






#tapi hari ni aku nak cerita pasal bakteria!!bakteria yang popular ialah...tak semua bakteria baik atau jahat!

1.Staphylococcus aureus


macam buah anggur pulak
-boleh jumpa kat kulit,hidung,mata,bahagian kemaluan
-dia adalah sejenis gram positif bakteria(tengok warna dia,kalau negatif,warna pink)
-si mangkuk ayun ni di jumpa oleh..Sir Alexander Ogston,masa dia tengah bedah bisul pada tahun 1880 kat scotland
-boleh membawa penyakit..banyak sebenarnya..aku cakap 1 je lah..bisul
-boleh hidup tanpa/ada oksigen ia dipanggil 'facultative anaerobic'

2.Lactobacillus

macam ni la rupa bakteria dalam air vitagen tu
-boleh jumpa kat mulut,dekat sistem penghadaman(sudah semestinya),dekat kemaluan pun ade?
-kegunaan mangkuk ni,buat cokolat,wine,keju,arak,yogurt..banyak lagi lah!
-sejenis gram positif bakteria
-sama macam kat atas tu..dia boleh hidup tanpa/ada oksigen




dah la..penat aku memikirkannya..buiat secara spontan,ade buat rujukan jugak,kat wikipedia,google image,lepas tu laman2web lain..macam mane?paham ke?kalau tak paham tanya la..orang kata kongsi ilmu baguskan?ape2 pun aku nak tutup langsir dah ni..assalamulaikum!





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook