siapa pemandu gundam ni?

My photo
assalamualaikum pembuka bicara...walaupun tak de sesi bicara yang ada...ahmad faris bin ahmad termiji nama diberi..dilahirkan kedunia yang indah ini pada 9 september 1992 bersamaan 12 rabiulawal....hijrah(aku pun tak ingat)..sedang menuntut ilmu kejururawatan...hobi yang paling aku gemari..hobi yang banyak menghabiskan duit..mengumpul koleksi robot atau pun model kit gundam...cita-cita sebenar aku..hendak menjadi seorang 'technician' yang terkemuka..tapi disebabkan latar belakang keluarga aku yang menceburi bidang perubatan (ayah aku)dan aku terjebak dalam bidang sains kesihatan ni...dan orang selalu cakap aku ni seorang yang cukup kasar..pandai-pandai koranglah nak menilai aku..

Anda pelawat ke..

Saturday, March 19, 2011

watak anime yang aku minat~

assalamulaikum!hari ni hari ahad,hari yang popular dengan kenduri2 kahwin..tapi apa yang aku nak buat ni tak de kaitan dengan kenduri kahwin,aku nak kongsi beberapa watak anime jepun yang aku minat,sebab kenapa aku suka anime jepun?terus-terang aku cakap paling aku tang mata diorang!kawaiiii sesangat!!!lagi pun sebenarnya aku tak tau nak tulis entri apa,sebab aku tak beli lagi model2 baru~ok la,korang layan je la ek!

1.Domon Kasshu-Mobile Fighter G Gundam
-digelar sebagai 'king of heart' (bukan sebab dia jiwang),dia merupakan antara pemandu gundam yang paling gila.sebab kenapa gila,dia takkan puas hati kalau pergi dekat tempat orang kalau tak berlawan.sebabnya dia nak membongkar ape yang abang dia buat sampai dia sendiri jadi macam ni~

aku suka perangai dia,tak suka dikalahkan!

2.Ami Mizuno-Bishojou Senshi Sailormoon
-rasanya takkan orang yang boleh mengorat dia dengan senang!sebab apa,bukan sebab dia adalah salah seorang sailor senshi,sebab dia ulat buku!dan perkara dia paling benci adalah 'CINTA"!antara sebab aku minat dia ni ialah,personaliti dia ni memang membuat aku tertarik dengan dia dan kebijaksanaan dia menyelesaikan masalah!dalam anime dia merupakan pelajar ranking no.1 di jepun dengan tahap IQ 300!

dah la comel,bijak pulak tu!perghhh!

3.Harima Kenji-School Rumble
-korang ingat samseng sekolah tak boleh berjiwang ke???ni samseng paling jiwang sekali yang pernah aku tengok setakat ni.si harima ni memang setia gila,korang bagilah awek yang cun dan lawa manapun dia tetap nak dengan si budak lembap jugak(nak tau kene tengok sendiri la).dia ni mempuyai kelebihan yang memang tak ramai orang boleh buat dengan sempurna~dia seorang kartunis dalam kesamsengannya

tak silap aku masa ni dia baru lepas hantar draf komik~

4.Hirasawa Yui-K-ON!
-budak lembap yang serba serbi pandai dalam sekelip mata!yang dia tau makan,tido dan berangan!semua keperluan harian dia adik dia yang uruskan.tapi semuanya berubah apabila dia masuk kelab muzik dekat sekolah dia.hanya sentuh gitar,dia boleh hafal semua kod2 gitar yang pelik dalam sekelip mata,walaupun dia tak tau ape bende sebenarnya yang dia petik tu~pelikkan?

aku suka gitar yang dia pegang tu,GIBSON CHERRY FINISH!

5.Yonkuro HInomaru-Dash!Yonkuro!!!
-siapa pernah tengok anime ni kat TV3,dalam tahun 90'an la,antara watak lelaki yang aku minat,dia ni lebih kurang macam domon kasshu,memang tak nak kalah langsung,dia aja yang nak menang.tapi macam mana pun aku tetap simpati dengan dia ni,mak meninggal,ayah hilang entah kemana~tapi yang aku respek!dia boleh sesuaikan dirinya tanpa mak bapak disisi.'Dash-1 emperor,Dash-01 super emperor,Dash-001 great emperor'adalah mesin yang dia gunakan dalam perlumbaan-lupa pulak,anime ni tentang perlumbaan kereta ek!

dekat tangan dia tu.super emperor~aku ada model dia!payah betul nak cari

6.Takara Miyuki-Lucky Star
-si rambut pink ni bukan calang2 orang,anak orang kenamaan ni,tapi kalau dia masuk kelas memang tak nampak macam orang kaya...terus-terang,aku suka orang macam ni,tapi payah la nak cari.kalau orang kaya biasa aku tengok belanja kat luar,tapi dia ni,bawak bekal je,masak sendiri pulak tu!ade point lagi!masak!bukannya aku tak nak review banyak2 pasal dia ni,tapi anime dia dah lama aku tak tengok,tu pasal aku lupa!gomen ne!

lupa pulak,ni sekali keturunan dengan ami jugak la!

7.Hiraga Saito-Zero no Tsukaima
-oi!tak pasal2 aku disedut ke dunia magik yang ntah ape2 ni,dah la datang secara tak suka rela,layan aku macam anjing pulak tu,hampeh!kalau aku kan,aku pun akan cakap macam tu,sebab tu lah!opps,dia ni seorang budak biasa je,yang serba serbi normal,tak mempunyai ape2 kelebihan,sehinggalah 1 hari dia diseru oleh seorang pelajar sekolah magik!walaupun dia cakap tempat ni teruk lah,sakai lah,tapi dia suka jugak!sebab...susah aku nak terangkan

agak2nya ape bende la buat dia suka kat dunia magik ni
8.Suzumiya Haruhi-Suzumiya Haruhi no Yutsuu
-macam mana la kalau korang (lelaki)dapat awek cam dia ni,kali pertama perkenalkan diri pun dia cakap dia hanya berminat dengan orang2 yang sama minat dengan dia sahaja.aku pun sains maniac jugak,tapi tak de la sampai macam dia ni,hanya tertarik kepada mahkluk asing,esper,orang masa hadapan dan lain2 yang pelik2 la.sebab perangai pelik dia ni la takde lelaki yang nak tegur dia,sehingga 1 hari mamat ni tegur dia,tapi perangai tak sama,minat tak sama,boleh jadi kawan pulak.1 bende aku nak bagi tau!jangan buat si haruhi ni marah,kalau dia marah..habis la..
jangan tunjuk muka comel ko tu!
tu je la kot yang aku boleh kongsi/review buat masa ni~aku nak tutup langsir,tong sampah,bakul,tingkap,kuali dan ape2 yang berkenaan!OKOK!assalamualaikum!harap korang semua terhibur~





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

6 comments: